Sunday 7 April 2013

SMS Berangkai yang pelik

Hey you, hello!!
Pernah kah anda tiba-tiba dapat SMS berangkai yang anda sendiri tidak tahu dari siapa? Selalunya saya terus tekan butang 'DELETE' selepas membaca perkataan seperti ini 'HANTAR AMANAH INI KE 10 ORANG RAKAN ANDA JIKA TIDAK ANDA LEBIH SAYANG KREDIT ANDA DARIPADA ALLAH' dan seumpama dengannya. Annoying!!

Saya bukannya sayang dengan kredit daripada ALLAH tapi jika anda sememangnya ingin berbuat baik anda perlu lah ikhlas dan bukannya kerana takut dengan ancaman SMS berangkai itu. Ada juga SMS berangkai yang melampau sehingga menakut-nakutkan Si Penerima seperti 'JIKA ANDA MENGABAIKAN SMS INI ANDA AKAN DITIMPA MUSIBAH'. Huh, merosakkan akidah!

No comments:

Post a Comment