Tuesday 2 April 2013

Bila dunia semakin moden- cara berhijab menjadi-jadi

Assalamualaikum,
Bila dunia semakin moden cara kita berfikir pun semakin moden. Ada yang semakin lupa dengan adanya kematian dan hari kiamat. Ada juga yang mengubah cara hidupnya yang sebelum ini tidak berhijab dan sekarang berhijab. Alhamdulillah.

Saya sendiri masih mencari-cari cahaya untuk dibawa ke dunia seterusnya. Ia adalah dunia selepas mati. Dunia yang gelap bagi orang-orang yang tidak beriman kepadaNya.

Berhijab wajib kepada orang yang baik atau pun orang yang jahat. Oleh itu, jangan lah kita MENGHUKUM mereka yang berhijab tapi dia bukan orang yang baik. Contohnya,
1. "Dia tu pakai tudung tapi perangai MasyaAllah. Bagus lagi orang yang tak pakai tudung."
2. "Tak semestinya saya tak pakai tudung saya ni jahat. Ada lagi orang yang pakai tudung tapi sebenarnya dia tu pelacur."

Ramai kaum Hawa di luar sana yang berhijab tapi telanjang. Menutup aurat yang betul adalah tidak menampakkan bentuk tubuh badan dan bukannya hanya MEMBALUT. Contoh MEMBALUT ialah,
1. Bertudung tapi berpakaian ketat
2. Pakai tudung tapi bentuk leher kelihatan
3. Pakai tudung tapi ketat sehingga bentuk telinga masih boleh dilihat
4. Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek

KESALAHAN-KESALAHAN LAIN:
1. Menyanggul rambut tinggi-tinggi sehingga tudung di bahagian belakang berbonggol seperti unta >>Mereka tidak akan masuk syurga dan mencium baunya (Riwayat Muslim). 
2. Tudung pendek atau tudung dimasukkan ke dalam baju sehingga bahagian dada dilihat orang, ASTAGFIRULALHAZIM
3. Tabarruj atau berhias dengan berlebih-lebihan.

# sila perbetulkan jika ada kesilapan.

No comments:

Post a Comment