Thursday 21 February 2013

Kes rogol beramai-ramai

Assalamualaikum and hello,
Hmmm, tiba-tiba saya teringat dengan satu cerita daripada Stacy, kawan saya semasa kami di tingkatan 5 dulu. Kata Stacy, ada sepasang kekasih/tunang pergi ke sebuah shopping mall yang belum siap sepenuhnya dan mereka telah pergi di satu tempat yang sunyi/car park di shopping mall itu. Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali mendekati mereka. Saya tidak pasti bagaimana pergelutan di antara lelaki berkumpulan tadi dengan teman lelaki/tunang wanita itu bermula. Dia dibelasah dan terpaksa melarikan diri untuk mendapatkan bantuan namun dia tidak sempat menyelamatkan teman wanita/tunangnya itu.

shopping mall, lokasi kejadian
Setelah mendapatkan bantuan daripada beberapa orang awam mereka terus berlari ke lokasi tadi untuk menyelamatkan wanita tersebut namun sampai sahaja di sana mereka mendapati bahawa wanita itu telah berlumuran darah kerana dirogol beramai-ramai. Syukur dia masih bernyawa. Kumpulan lelaki tadi adalah warga asing dan berkemungkinan mereka adalah pekerja kontrak shopping mall tersebut. Namun kejadian ini TIDAK DAPAT DISAHKAN KESAHIHANNYA kerana saya hanya diceritakan oleh kawan saya. Bukan seperti dua kes bunuh diri di shopping mall itu yang mendapat perhatian media cetak.

Setiap kali saya pergi ke shopping mall tersebut saya akan elakkan diri daripada mengijakkan kaki di car park sebab kalau tak silap saya cerita ini berlaku di situ. Cerita ini hanya sebagai teladan dan bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa. Oleh itu, saya merahsiakan lokasinya.

#Oh my grammar!! It's like an essay.. I feel like I'm in high school again, ahah.. Rindu buat essay..

No comments:

Post a Comment