Tuesday 8 October 2013

My Therapy Experience- Terapi Lintah

Assalamualaikum and holla (^_^)

       6/10/13 yang lalu saya ke pusat terapi lintah. This is my first experience. Untuk pengetahuan semua kulit saya memang sangat sensitif. Muka saya banyak jerawat. Paling teruk semasa umur saya 18 tahun hingga sekarang. Macam-macam supplement dan produk yang saya guna tapi tiada perubahan.

       Alhamdulillah kulit saya tidak mengalami bengkak atau gatal-gatal selepas terapi. I am so thankful. Setahu saya terapi lintah atau bekam lintah dapat mengeluarkan darah kotor dan toksik. Air liur lintah juga boleh menghalang pengbekukan darah (info dari blog PUSAT TERAPI HUSAINI

*semasa saya menjalani terapi lintah
*lintah dibalut dengan tisu


 Saya tidak terlalu arif tentang peraturan sebelum dan selepas terapi tetapi saya ada baca di blog ini >> TERAPI LINTAH. Is therapy worth it? You have to try it yourself to know for sure. Untuk muka saya sebanyak 6 ekor lintah diperlukan (Rm75) dan saya perlu menjalani 3 kali terapi.


       Setahu saya terapi lintah memang bagus tetapi selepas terapi tidak dibenarkan membuka balutan luka sehingga luka kering so saya terpaksa keluar dari pusat terapi tersebut dengan muka yang berbalut di setiap bekas gigitan lintah (6 balutan). Ramai orang yang hairan melihat saya. Malu beb!

Update:

Seminggu selepas itu saya ke pusat terapi lintah itu lagi. Saya hanya menjalani 2x terapi dan kesannya tidak memuaskan. Jika saya meneruskan terapi sehingga 3x seperti yang dicadangkan oleh pakar terapi mungkin hasilnya lebih baik.

lintah, eeeu

No comments:

Post a Comment