Saturday 9 March 2013

Pencerobohan di Lahad Datu Sabah diPolitikkan

from: http://media.themalaysianinsider.com

Luahan hati Anak Sabah,
Saya bukan ingin menghentam sesiapa tapi apabila saya membaca beberapa komen masyarakat yang kononnya bijak pandai di facebook sakit pula hati ni.


Parti politik asyik menyalahkan parti lawan. Penyokong mereka pula terikut-ikut tanpa melihat keadaan yang sebenar dengan mata mereka sendiri.


Apa yang mereka tahu?Adakah mereka pernah memegang senjata api?Mereka bebal dan bodoh sombong!Mereka hanya pandai membuka facebook lalu menghentam pasukan keselamatan.Itu lah orang yang tidak pandai bersyukur.Kemana hati nurani kita?Serdar lah,Tanpa pasukan keselamatan kita tidak akan dapat menikmati keamanan selama ini.Tidak kurang pula sebilangan orang yang berkata semua ini hanya sandiwara.Mungkin kerana mereka terlalu taksub dengan filem atau mereka sedang dalam keadaan khayal.

Hakikatnya, belum ada bukti yang sahih bahawa adanya mana-mana parti politik yang terlibat dalam hal ini. Jadi ada baiknya kita DIAM sambil mendoakan keselamatan wira-wira Negara kita. Jangan pedulikan parti politik. Ada kalanya politik memang kejam!

#Pengganas sulu telah membunuh beberapa orang anggota polis dengan sangat kejam dan memang tidak boleh dimaafkan!! Tahukah anda apa yang mereka lakukan dengan polis-polis tersebut? Kejam!!

No comments:

Post a Comment