Sunday 7 April 2013

Permainan syaitan dalam perjudian

ASSALAMUALAIKUM and holla,
Saya ada buat penelitian mengenai perjudian dengan beberapa orang yang saya rahsiakan identitinya. Saya mengenali mereka agak lama juga dan saya bukannya ingin memalukan mereka tetapi saya rasa GERAM pula apabila mereka tidak sedar bahawa perjudian tidak akan menjadikan mereka jutawan. Adakah sesiapa yang tahu mana-mana orang Islam yang menjadi kaya sebab perjudian?

Penelitian saya dengan 3 orang yang dikenali,
1. Pada permulaan penglibatan mereka dalam perjudian mereka PASTI AKAN MENANG.
2. Selepas kemenangan pertama mereka mula PERCAYA DAN TERUS BERJUDI.
3. Selepas itu mereka akan KETAGIH BERJUDI kerana ingin menang lebih besar sehingga LUPA BERAPA MODAL YANG TELAH HABIS.
4. Mereka akan menang juga selepas itu tetapi mereka tidak sedar bahawa MODAL LEBIH BESAR DARIPADA HADIAH YANG MEREKA DAPAT.
5. Terus berjudi sehingga sukar dinasihati.

#Take note.


No comments:

Post a Comment